Sunday, March 25, 2012

Terbaru....Kerja Kursus CUJ (2012)









mpKOKURIKULUM
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TG.MALIM, PERAK.
KOD KURSUS : CUJ2012
NAMA KURSUS : SILAT GAYONG 1
SEMESTER 2 (2011/2012)


Tenaga Pengajar: EN. FAIEZAL AZMI BIN MOHD YUSOP (0122616234)
Tugasan Individu (10%)
1. Hasilkan sebuah Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap bagi PSSGM di sekolah bagi murid menengah atas. Pilih sebahagian daripada silibus berikut bagi penghasilan rancangan pengajaran anda dalam masa 40 minit. Pastikan P&P anda menarik minat murid disamping mencintai seni beladiri ini.


Silibus bagi Bengkong Awan Mulus
1.1. Sejarah dan perkembangan PSSGM
1.2. Asas Bahagian Pertama
a)Asas Gerakan 1-7
b)Asas Elakan 1-7

2. Seni beladiri (SB) sememangnya wajar menjadi satu kokurikulum unit unifom wajib bagi setiap pelajar kerana ia mampu membina jati diri bangsa dan insan yang cemerlang. Akan tetapi, persoalan yang sering wujud di dalam masyarakat massa dewasa ini, ia menjadi satu faktor penyumbang kepada budaya samsing di sekolah . Wajarkah telahan itu diperkatakan dan mungkin di satu hari nanti SB akan di lupuskan dari kalender aktiviti kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.


Tugasan Kumpulan(10%)

1. Silat merupakan suatu cabang seni dan budaya bangsa Melayu yang unik dan diperakui oleh bangsa asing sebagai salah satu cabang ilmu mempertahankan diri yang hebat. Namun begitu, mengapa silat pada hari ini semakin di pinggirkan oleh ”bangsanya” dan lebih menggemari seni beladiri asing. Persoalan glamor atau kerana terlalu banyak pantang larang membuatkannya tidak releven dengan arus semasa.


2. Kekuda rendah, tangan yang merepang dan tapak tangan terbuka dan riak muka yang mengamati gelombang serunai merupakan sikap pasang seorang pesilat. Setiap langkah, setiap penyusuran memberi makna dan falsafahnya yang tersendiri. Seni warisan bangsa berdaulat ini mempunyai banyak falsafah dan didikan untuk anak bangsanya mengamati, mengamalkan dan mewariskannya kepada ganerasi berikutnya supaya agama, bangsa dan negaranya terpelihara.


3. Silat merupakan satu wadah pembinaan insan yang seimbang dan unggul. Bagaimana silat dapat membina insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual sebagimana yang dikehendaki dan termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).


4. Silat merupakan salah satu cabang seni beladiri yang dapat membentuk disiplin diri dan sahsiah yang luhur disamping pembinaan rohani yang mantap. Ia menjadikan seseorng individu itu hidup dalam kesempurnaan sebagaimana yang dikehendaki agama.


5. Kehebatan Silat Seni Gayong Malaysia yang diasaskan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman B. Uda Muhammad Hashim dan telah berkembang keseluruh perusuk dunia oleh pewaris Gayong yang berbakat dan berkebolehan. Sebagai seorang pendidik dan pencinta seni mempertahankan diri, apakah peranan anda di sekolah bagi menyubur dan menghidupkan seni warisan ini supaya ia mendapat tempat di dalam hati pelajarnya.


Arahan tugasan;
1. Tugasan Individu, pilih satu soalan sahaja
2. Tugasan Kumpulan adalah pilihan dan 4 orang satu kumpulan.
3. Tarikh penghantaran tugasan sebelum atau pada 10 Disember 2011 (minggu
ke-12)
4. Penulisan Tugasan : Font Arial saiz 11 (11 ½ spacing). Perkataan : 2000 ke
2200


Rujukan

1. Silat Gayong , Seni Beladiri dan Perisai Orang Melayu.http://silatgayong.org/
2. Silat Seni Gayong Dato’ Meor Abdul Rahman. www.silatsenigayong.com/dato.htm
3. Silat Seni gayong. www.malaysilat.org
4. Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. gayong.freeservers.com/pssgm.htm
5. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php
6. KONSEP NILAI MURNI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA.sarjana.tripod.com/nilai3.html
7. IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM ...ariedrifke.blogspot.com
8. Panduan Ujian Teori, Kuala Lumpur: Persatuan Silat Seni Gayong
9. Anuar Abdul Wahab.(1987) Silat Olahraga: DBP
10. Ku Ahmad Ku Mustafa dan Wong Kiew Kit (1978).Silat Melayu. Kuala Lumpur: OUP
11. Mokhtar Hj.Yahya.(1984). Silat Melayu Melaka. Melaka: KKBS.
12. Sheikh samsuddin S.M. Salim (2006). The Malay Arts of self-Defense: Silat gayong.USA: North Atlantic Book
13. Lt.Kol (B) Zam Zam Hamid, Majid Mat Isa dan Awang Daud,(1990). Tempur Tanpa Senjata.Kuala Lumpur: Creative Concept Publication.

No comments:

Post a Comment